Wednesday, December 28, 2016

Berita Tan Sri Salim Telah Meninggal Dunia Tersebar


KUALA LUMPUR - Keluarga Tan Sri SM Salim melahirkan rasa kecewa dengan penyebaran berita palsu kematian bintang legenda tersebut yang tersebar hari ini.
Isteri beliau, Puan Seri Aisyah Abd. Ghani (gambar) berkata, dia dan seluruh keluarga reda terhadap sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dengan keadaan suaminya itu yang masih tenat dan tidak sedarkan diri.
“SM Salim sekarang berada dalam keadaan nazak dan tidak menunjukkan respons positif. Bagaimanapun, beliau masih bernafas dalam keadaan stabil.
“Ketika ini, semua ahli keluarga sudah berkumpul kecuali seorang lagi anak keduanya, Sheikh Shamsuddin yang dijangka tiba esok dari Chicago, Amerika Syarikat,” katanya isterinya yang ditemui Kosmo! di kediamannya sebentar tadi. 
Sumber : Kosmo Online


Selepas Retak, Neelofa Dan Fattah Kini Berpasangan Semula Dengan 'Episod Baru' Tidak Lama Lagi


Mencipta fenomena hingga digosip menjalin cinta di alam realiti, Neelofa dan Fattah Amin mungkin kembali berganding dalam projek terbaharu Astro. 

Ketika diajukan perkara itu, Neelofa yang digandingkan dengan Fattah dalam drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP), mengakui tahu mengenai perancangan itu. 

"Saya memang sentiasa akan profesional ketika bekerja. Tapi saya belum dapat mengesahkan dengan lanjut tawaran itu. Takut ada perubahan," katanya kepada BH Online. 

Neelofa berkata, kesan daripada penerimaan peminat terhadap SHMP, beliau teruja untuk kembali aktif dalam bidang lakonan. 

"Baru-baru ini, saya menonton semula episod keempat drama itu. Kebetulan ada masa senggang, saya terdetik menonton episod itu semula. 

"Saya sebenarnya rindu detik penggambaran itu. Pada waktu itu, saya tidak perlu memikirkan tekanan...saya hanya fikirkan cara untuk mewarnakan watak Warda. 

"Selepas berehat lama dalam dunia lakonan, penerimaan peminat buat saya mahu berlakon lagi selepas ini," katanya yang sedang menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci. 

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 itu menganggap kejayaan SHMP adalah detik terindah dalam kerjaya seninya. 

Mengenai kontroversi yang melanda, Neelofa berkongsi kerisauan ibunya yang bertanya sendiri bagaimana dia menghadapi situasi itu. 

"Saya cakap kepada mama, biarlah saya nikmati kegembiraan ini sementara masih ada. 

"Saya gembira dengan sokongan peminat, pengiktirafan dan perhatian yang diraih. Saya rasa dihargai dan sokongan peminat buat saya mahu berikan yang lebih baik kepada mereka.

"Ini termasuk apa saja aktiviti yang boleh mendekatkan diri saya dengan peminat," katanya.


Tuesday, December 27, 2016

[Terkini] Britney Spears Meninggal Dunia Akibat Maut Dalam Kemalangan


Peminat Britney Spears hari ini pasti tersentak apabila membaca tweet Music Entertainment yang menulis, 'RIP @britneyspears #RIPBritney 1981-2016' dan 'Britney Spears maut dalam kemalangan.' 

Bagaimanapun, syarikat muzik itu segera memadamkan pos itu dan membuat penjelasan. 

"Akaun Twitter Sony Music Entertainment digodam. Ia sudah diperbetulkan. Kami meminta maaf kepada Britney Spears dan peminatnya berikutan kekeliruan itu." 

Sementara itu, Pengurus Britney Spears, Adam Leber memberitahu CNN: "Britney masih hidup dan sihat." 

Ahad lalu, penyanyi itu juga memuat naik gambar anaknya sedang bersiar-siar. "Ada beberapa badut Internet menyiarkan cerita yang sama beberapa tahun lalu, tetapi bukan daripada Twitter rasmi Sony Music," kata Leber. - AFP


PANAS!!! DONNA MUSLIM JATUHKAN MARUAH RITA RUDAINI DENGAN MEMANGGIL MAK JANDA!!!


Akibat memanggil pelakon jelita, Rita Rudaini dengan gelaran Mak Janda di akaun Instagramnya, Donna Muslim telah dikecam hebat oleh peminat-peminat Rita yang merasakan gelaran itu tidak sepatutnya diperkatakan secara umum terutama media sosial. Kesal dengan tindakannya itu yang akhirnya mengundang kemarahan peminat Rita, Donna akhirnya memohon maaf kepada rakan baiknya itu serta memberikan penjelasan berkaitan perkara tersebut.

“Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya. Selepas perkara ini kecoh, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf” katanya.

“Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen,” katanya lagi kepada wartawan akhbar Harian Metro.

Turut menyedari apa yang terjadi, Rita apabila ditanya berkaitan perkara tersebut, beliau hanya menyedari posting terbabit apabila salah seorang daripada peminatnya telah menghantar paparan skrin komen terbabit. Bagi Rita, walau umum sedia maklum tentang dirinya yang berstatus ibu tunggal namun sebagai kawan Donna tidak sepatutnya menggunakan label berkenaan di laman sosial.


Monday, December 26, 2016

VIDEO PENUH UCAPAN LEE KWANG SOO BUAT AHLI RUNNING MAN SEBAK, NETIZEN MENANGIS


Seperti yang semua sudah tahu, rancangan popular Running Man akan berakhir pada tahun hadapan dan semestinya ia merupakan berita sedih buat peminat setia Running Man.

Baru-baru ini, Lee Kwang Soo menerima anugerah pencapaian terbaik pada Anugerah Hiburan SBS 2016.

Apa yang menjadi perhatian ialah ucapan Lee Kwang Soo yang membuatkan ahli Running Man yang lain rasa sedih dan sebak.

Song Ji Hyo ternyata tidak dapat menahan air matanya.

Rata-rata peminat Running Man juga meluahkan perasaan sedih mereka di media sosial dengan ucapan yang menyentuh hati dari si Zirafah ataupun Lee Kwang Soo.

“Saya tidak tahu macam mana nak bagi ucapan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua krew Running Man yang bekerja keras untuk menjayakan rancangan tersebut.

Suk Jin banyak mengajar saya erti kehidupan, Jea Suk banyak membantu saya hingga ke hari ini, Jong Kook banyak membantu saya dari segi mental, Haha dah macam keluarga saya, Ji Hyo, Gary dan Joong Ki. Saya sayangkan anda semua.”




[VIDEO] AKHIRNYA!!! PENGAKUAN SEBENAR DATO' Dr. BOY IMAN BERKAITAN ANUGERAH PHD YANG DIMILIKINYA!!!


Baru-baru ini pelakon Boy Iman telah mengumumkan bahawa beliau telah menamatkan pengajian PhD yang membawa gelaran Dr.

Berita itu mula menarik perhatian ramai apabila Dato Boy Iman memuat naik foto ketika majlis konvokesyen beliau. Netizen laman sosial mempersoalkan penganugerahan yang dicapainya kerana institusi yang menganugerahkan PhD nya itu tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.



Wartawan Media Hiburan cuba mendapatkan penjelasan yang sebenar berkaitan perkara tersebut dan ini pengakuaanya.

Memang betul saya mendapat gelaran doktor itu.. 4 tahun saya belajar bagi menamatkan pengajian itu.. pengajian ini dibuat secara part time.. So, pada sesiapa yang tidak percaya dan tidak puas hati, boleh berjumpa dengan saya untuk melihat sijil itu atau boleh check dalam sistem ataupun tanya sendiri pada pihak Universiti itu.. Boleh check juga tesis-tesis yang saya buat sebagus mana tapi ia dah boleh buatkan saya lulus ..


Tahniah admin ucapkan kepada Dato Dr Boy Iman. Kegagalan yang pernah dilaluinya bukanlah penamat kehidupan anda, kekal cekal dan jangan berputus asa untuk terus berjaya ke peringkat tertinggi..


TUNTUT BAYARAN!!! PELAKON HAFEEZ MIKHAIL DITIPU OLEH PRODUSER TERKENAL!!!


Pada minggu lalu, Hafeez mikhail yang popular dengan drama bersiri popular Puteri Bukan Nama Sebenar telah mengadu nasib malangnya yang didakwa telah dipermainkan oleh seorang produser terkenal.

Dengan perwatakan bersifat keibuan produser wanita itu, agak sukar untuk mempercayai rintihan hafeez namun itulah hakikat yang terpaksa dialaminya kerana pastinya ia melibatkan punca rezeki beliau.

Apabila Hafeez menceritakan secara terperinci, kasihan pula mendengarnya. Bahkan bukan dia seorang, tetapi dipercayai ada juga pelakon lain yang terlibat dalam produksi berkenaan menerima nasib serupa.

Dalam teks itu lagi, pelakon yang mula dikenali selepas terbabit dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu juga mendakwa, ada segelintir krew produksi meluahkan hal yang sama namun tiada tindakan susulan daripada wanita tersebut untuk menyelesaikannya.

Lebih teruk, nombor telefonnya telah disekat oleh produser berkenaan daripada menghubunginya. Maka terloponglah semua yang terlibat menunggu duit gaji mereka ibarat menanti bulan jatuh ke riba.

Agak terpinga-pinga membaca satu persatu dakwaan yang diterima pada telefon rakan. Bagaikan tidak percaya. Maklumlah, sebelum ini jika bertemu produser yang juga pelakon popular itu, sangatlah baik orangnya.

Tambahan lagi, drama terbitannya silih berganti di kaca TV, mustahil tiada duit untuk membayar khidmat para pekerjanya yang bertungkus-lumus mengerah keringat menjayakan tugas masing-masing.

Kata Hafeez, dia sendiri garu kepala kekeringan idea untuk menuntut haknya. Mahu tak mahu, terpaksa juga buka mulut mengadu kepada teman media.

Tidak risau rezekinya putus bersama produser tersebut, Hafeez positif dengan ketentuan Allah.