KUALA LUMPUR - Keluarga Tan Sri SM Salim melahirkan rasa kecewa dengan penyebaran berita palsu kematian bintang legenda tersebut yang tersebar hari ini.
Isteri beliau, Puan Seri Aisyah Abd. Ghani (gambar) berkata, dia dan seluruh keluarga reda terhadap sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dengan keadaan suaminya itu yang masih tenat dan tidak sedarkan diri.
“SM Salim sekarang berada dalam keadaan nazak dan tidak menunjukkan respons positif. Bagaimanapun, beliau masih bernafas dalam keadaan stabil.
“Ketika ini, semua ahli keluarga sudah berkumpul kecuali seorang lagi anak keduanya, Sheikh Shamsuddin yang dijangka tiba esok dari Chicago, Amerika Syarikat,” katanya isterinya yang ditemui Kosmo! di kediamannya sebentar tadi.
Sumber : Kosmo Online
0 comments:
Post a Comment