Pada minggu lalu, Hafeez mikhail yang popular dengan drama bersiri popular Puteri Bukan Nama Sebenar telah mengadu nasib malangnya yang didakwa telah dipermainkan oleh seorang produser terkenal.
Dengan perwatakan bersifat keibuan produser wanita itu, agak sukar untuk mempercayai rintihan hafeez namun itulah hakikat yang terpaksa dialaminya kerana pastinya ia melibatkan punca rezeki beliau.
Apabila Hafeez menceritakan secara terperinci, kasihan pula mendengarnya. Bahkan bukan dia seorang, tetapi dipercayai ada juga pelakon lain yang terlibat dalam produksi berkenaan menerima nasib serupa.
Dalam teks itu lagi, pelakon yang mula dikenali selepas terbabit dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu juga mendakwa, ada segelintir krew produksi meluahkan hal yang sama namun tiada tindakan susulan daripada wanita tersebut untuk menyelesaikannya.
Lebih teruk, nombor telefonnya telah disekat oleh produser berkenaan daripada menghubunginya. Maka terloponglah semua yang terlibat menunggu duit gaji mereka ibarat menanti bulan jatuh ke riba.
Agak terpinga-pinga membaca satu persatu dakwaan yang diterima pada telefon rakan. Bagaikan tidak percaya. Maklumlah, sebelum ini jika bertemu produser yang juga pelakon popular itu, sangatlah baik orangnya.
Tambahan lagi, drama terbitannya silih berganti di kaca TV, mustahil tiada duit untuk membayar khidmat para pekerjanya yang bertungkus-lumus mengerah keringat menjayakan tugas masing-masing.
Kata Hafeez, dia sendiri garu kepala kekeringan idea untuk menuntut haknya. Mahu tak mahu, terpaksa juga buka mulut mengadu kepada teman media.
Tidak risau rezekinya putus bersama produser tersebut, Hafeez positif dengan ketentuan Allah.
0 comments:
Post a Comment