Monday, December 26, 2016

Filled Under:

TAHNIAH!!! PELAKON DOTTIE KINI BERGELAR ISTERI


Kuala Lumpur-: Hanya dengan sekali lafaz sahaja, pelakon Nor Syuhaida Abd Razak, 28, atau lebih dikenali sebagai Dottie kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Mohd Haffis Abu Hassan.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh adik Dottie, Mohd Safuan Abd Razak dengan disaksikan oleh para keluarga dan rakan-rakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira pada jam 10 pagi, semalam.

“Alhamdulillah saya merasa sangat bersyukur kerana majlis semalam berjalan dengan lancarnya, berkat doa serta restu kedua-dua belah pihak kami kini sah bergelar suami isteri ,” katanya lagi.

Dottie yang popular menerusi filem Hantu Bonceng bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah hantaran dan mas kahwin, namun masing-masing berbalas tiga dulang hantaran.

Dottie sebelum ini mengikat tali pertunangan dengan jejaka berasal dari Banting, Selangor itu pada bulan April yang lalu.

Pasangan itu mula berkenalan sejak Jun tahun lalu di laman sosial Facebook.

Menurut Dottie, Haffis, 27 memenuhi kriteria lelaki idamannya.

“Lama kami berkawan sebelum serius bercinta dan mengikat tali pertunangan.

“Keperibadiannya yang merendah diri dan pandai mengambil hati keluarga membuka pintu hati saya untuk menerimanya sebagai suami,” kata Dottie.

Dottie dan Mohd Haffis akan diraikan dalam majlis persandingan di Banting pada pada 7 Januari depan.





0 comments:

Post a Comment