Peminat Britney Spears hari ini pasti tersentak apabila membaca tweet Music Entertainment yang menulis, 'RIP @britneyspears #RIPBritney 1981-2016' dan 'Britney Spears maut dalam kemalangan.'
Bagaimanapun, syarikat muzik itu segera memadamkan pos itu dan membuat penjelasan.
"Akaun Twitter Sony Music Entertainment digodam. Ia sudah diperbetulkan. Kami meminta maaf kepada Britney Spears dan peminatnya berikutan kekeliruan itu."
Sementara itu, Pengurus Britney Spears, Adam Leber memberitahu CNN: "Britney masih hidup dan sihat."
Ahad lalu, penyanyi itu juga memuat naik gambar anaknya sedang bersiar-siar. "Ada beberapa badut Internet menyiarkan cerita yang sama beberapa tahun lalu, tetapi bukan daripada Twitter rasmi Sony Music," kata Leber. - AFP
0 comments:
Post a Comment