Tuesday, December 27, 2016

Filled Under:

PANAS!!! DONNA MUSLIM JATUHKAN MARUAH RITA RUDAINI DENGAN MEMANGGIL MAK JANDA!!!


Akibat memanggil pelakon jelita, Rita Rudaini dengan gelaran Mak Janda di akaun Instagramnya, Donna Muslim telah dikecam hebat oleh peminat-peminat Rita yang merasakan gelaran itu tidak sepatutnya diperkatakan secara umum terutama media sosial. Kesal dengan tindakannya itu yang akhirnya mengundang kemarahan peminat Rita, Donna akhirnya memohon maaf kepada rakan baiknya itu serta memberikan penjelasan berkaitan perkara tersebut.

“Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya. Selepas perkara ini kecoh, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf” katanya.

“Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen,” katanya lagi kepada wartawan akhbar Harian Metro.

Turut menyedari apa yang terjadi, Rita apabila ditanya berkaitan perkara tersebut, beliau hanya menyedari posting terbabit apabila salah seorang daripada peminatnya telah menghantar paparan skrin komen terbabit. Bagi Rita, walau umum sedia maklum tentang dirinya yang berstatus ibu tunggal namun sebagai kawan Donna tidak sepatutnya menggunakan label berkenaan di laman sosial.




0 comments:

Post a Comment