Vokalis Kumpulan terkenal, Hyper Act, Kecik, 22, kini mengumumkan telah meninggalkan kumpulan itu selepas mencapai kata persetujuan dengan kesemua ahli band.
Kecik atau nama sebenarnya, Mohammad Fauzi Kamarudin, berkata keputusan pengunduran dirinya itu dibuat secara baik.
Menurut Kecik, dia tiada masalah sekiranya bekerjasama dengan Hyper Act pada masa akan datang.
"Saya membuat pengumuman di sosial media untuk memberi penjelasan secara rasmi dan menyerahkan sepenuhnya kepada kumpulan Hyper Act untuk mengadakan sesi sidang media mengenai perkara ini", ujarnya lagi.
"Terima kasih kepada Hyper Act kerana memperkenalkan nama saya dalam industri seni. Saya banyak terhutang budi dengan mereka kerana membuka ruang dalam bidang nyanyian.
"Namun, saya tidak sesekali mengambil sebarang tawaran persembahan secara solo tanpa ahli kumpulan Hyper Act.
Saya tidak pernah membelakangkan mereka dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan," katanya kepada wartawan BH Online.
Kecik berkata lagi, dia belum lagi mempunyai perancangan untuk kerjayanya sebagai penyanyi.
Dia mengakui lebih selesa bergerak secara berkumpulan berbanding bergerak secara solo.
Mengulas mengenai kemelut Hyper Act bersama vokalis terdahulu iaitu Ronnie, Kecik lebih memilih untuk tidak mengulas berkaitan perkara itu. Sebaiknya biarlah perkara tersebut dikeetahui antara mereka dan Ronnie sahaja.
0 comments:
Post a Comment