Saturday, December 24, 2016

Filled Under:

[Paling Dikehendaki] Blogger Terkenal Ditahan Pegawai Imigresen Amerika Syarikat!!!


Penulis blog Jiran Malaysia, Singapura yang kini mencetuskan kontroversi di negaranya ditahan oleh pegawai imigresen Amerika Syarikat (US). 

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. Amos Yee, 18, yang dipenjarakan awal tahun ini di Singapura, ditahan oleh ejen kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare pada 16 Disember lalu ketika ingin membuat permohonan suaka politik di negara tersebut... 

"Amos ditahan di Amerika ketika ini. Beliau memohon suaka politik di sana. Peguamnya menguruskan segala berkaitan perkara ini. 

Saya tidak akan mengulas sebarang kenyataan dengan media atau sesiapa lagi mengenai perkara ini," kata ibu Yee, Mary Toh, dalam kenyataan disiarkan di laman sosial Facebook...

Yee pernah dipenjarakan sebanyak dua kali di Singapura kerana kenyataannya di internet. 

Perbicaraannya yang dipantau rapi oleh kumpulan hak dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyemarakkan perbahasan di Singapura berhubung penapisan dan hak kebebasan berucap... 

Yee berada dalam tahanan Penguat kuasa Kastam dan Imigresen (ICE) Amerika sementara menantikan prosiding mahkamah imigresen, kata jurucakap bagi agensi itu, Gail Montenegro, menerusi emel. 

Montenegro enggan memberikan butiran lanjut mengapa Yee ditahan, di mana dia ditahan atau jika dia mempunyai peguam. 

Jurucakap Kastam dan Perlindungan Sempadan, Ralph Piccirilli, juga berkata agensi berkenaan 'menemui' Yee tetapi enggan mengulas lanjut. 

September lalu, Yee mengaku bersalah kepada enam dakwaan sengaja menyiarkan komen di internet, dalam video, blog dan gambar, yang mengkritik agama Kristian dan Islam. 

Beliau dijatuhi hukuman enam minggu penjara. Tahun lalu, Yee disabitkan bersalah atas dakwaan mengganggu dan menghina kumpulan agama berhubung kenyataan yang dibuat mengenai bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew dan penganut Kristian selepas kematian Lee. 

Beliau dikenakan hukuman penjara empat minggu.





0 comments:

Post a Comment