Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida, mula menimbangkan untuk menarik diri daripada menaja Bola Sepak Kelantan.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengingatkan Datuk Vida bahawa kontrak tajaannya hanya akan tamat pada November 2017.
Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata Datuk Vida seharusnya tidak perlu mengingkari kontrak itu kerana bagi kedua-dua pihak adalah sangat baik.
“Kenapa hendak cakap soal cerai waktu kita tak bergaduh? Suami isteri tidak elok cakap soal cerai dalam keadaan berharmoni.
"Tapi kalau betul ada masalah, duduklah berunding, semua benda boleh runding," katanya seperti yang dilaporkan oleh mstar.
Jutawan kosmetik itu semalam telah melahirkan rasa kekecewaan dengan prestasi bola sepak Kelantan dan bercadang untuk menghentikan tajaan kepada pasukan bola sepak itu lebih awal.
Vida berkata akibat prestasi pasukan itu tidak memberangsangkan maka hasil jualan syarikatnya juga turut menerima tempias.
“Saya amat kecewa dengan prestasi Kelantan yang saya rasakan tidak berbaloi dengan pelaburan besar saya.
“Saya orang bisnes, sudah tentu saya amat terkesan kerana prestasi hambar pasukan sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pengguna terhadap produk saya,” beliau dilaporkan berkata.
0 comments:
Post a Comment